
Aspek kawalan media iaitu lahirnya rasa takut terhadap
kritikan menjadi salah satu jawapan kepada punca tiadanya kebebasan media di
Malaysia. Sebenarnya,apa yang sangat ditakuti oleh media arus perdana di
Malaysia adalah kerana hadirnya satu kuasa yang mengawal mereka daripada atas
iaitu undang-undang . setiap paparan berita tidak boleh menunjukkan kritikan
terhadap kerajaan kerana ia dianggap sebagai penghasutan daripada media kepada
masyarakat.
Akta media cetak yang dicipta juga hanya memberi
perlindungan kepada menteri di pihak kerajaan semata. Kenyataan ini disokong
apabila akhbar yang ingin mempebaharui lessen mereka perlu mendapatkan
kelulusan daripada Perdana Menteri dahulu.
Salah satu perkara yang diberi perhatian pada perbincangan
diskopi ini adalah apabila media dilihat tidak dapat membentuk mentaliti baik
terhadap rakyat. Penyiaran berita yang mempunyai unsur lucah dilihat akan
mendidik anak-anak kecil untuk lebih terdorong dan cenderung untuk memikirkan
seks. Akhbar di Malaysia juga lebih kepada penyebaran khabar angin berbanding
fakta yang jelas dan tepat apabila setiap berita yang dipaparkan bukanlah
berita yang sahih dan jelas tetapi merupakan berita yang kesahihannya masih
lagi tergawang akan kebenarannya. Persoalan terhadap kebebasan media juga
dilihat seperti sesuatu yang mustahil untuk dibicarakan apabila faktor pegangan
saham ditinjau.

Antara solusi yang telah dicadangkan oleh mahasiswa dan
mahasiswi yang hadir adalah editor perlu adil dan bijak dalam menilai apa yang
telah ditulis oleh wartawan dan penilaian harus menggukan akal yang waras tanpa
memikirkan keuntungan semata-mata. Ini kerana, editor adalah tunjang utama yang
mempunyai tanggungjawab besar dalam menyemak dan mengedit setiap penulisan yang
dibuat.
Media juga perlu lebih terbuka dan menjadi badan bebas yang
tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Antara negara yang boleh dijadikan contoh
sebagai rujukan adalah Amerika dan Finland, di mana di Finland, media di sana
beroperasi dengan sangat telus. Etika islam perlu dijaga dan ianya perlu
dilihat sebagai suatu perkara penting dalam penyebaran berita agar dapat
menjaga ketelusan dalam menyampaikan sesuatu perkara. Rakyat juga perlu bijak
menilai dan menapis semula segala yang diterima dan dibaca, jika trend hanya
menerima bulat-bulat perkara yang didengar dan dibaca, tidak mustahil di masa hadapan akan berlaku penyusutan
belian.
Media juga perlu dipelbagaikan sebagai bukti keterbukaan
yang mana rakyat perlu memainkan peranan bersama sebagai pembaca dengan menilai
berita yang benar-benar boleh dipercayai. Akta mesin cetak yang dicipta dengan
alasan untuk menjaga rakyat sebenarnya lebih menunjukkan bahawasanya kerajaan
sebenarnya tidak mempercayai rakyat untuk menilai sebuah berita yang
disebarkan.
Kesimpulannya, media seharusnya menjadi medium yang bersikap
mendidik. Kepercayaan dan kebebasan seharusnya diberi kepada semua media dalam
melaporkan berita. Media yang tidak bebas boleh diibaratkan sebagai fitnah yang
akhirnya boleh memecah belah kan masyarakat. Media juga seharusnya sedar akan
tanggungjawab mereka dalam melaporkan berita iaitu menyiarkan apa yang
seharusnya rakyat tahu bukan apa yang rakyat perlu tahu seperti contoh media
harus menyebarkan tentang isu-isu kritis rakyat yang terpinggir dan keadaan
ekonomi Malaysia yang kini tenat bukan cerita-cerita berunsur fitnah dan lucah seperti
perkahwinan artis dan skandal menteri-menteri di Malaysia. Media juga perlu
diterapkan unsur mendidik dan pembangunan insane. Penekanan kepada media bebas
yang bertanggungjawab perlu dalam membangunkan negara supaya terus memacu
kegemilangan rakyat.
Diskopi mahasiswa berakhir seperti biasa pada jam 11.50
malam.
No comments:
Post a Comment