Thursday 31 May 2012

Wujudkah Politik Kampus di UniSZA?


Terma ‘politik kampus’ sering kali dikaitkan dengan Pilihanraya Kampus. Walaupun maksud sebenar politik kampus mencakupi skop yang lebih luas, ramai yang lebih selesa melihat keberadaan politik kampus adalah ketika periode antara tarikh penamaan calon hinggalah kepada pengunguman kemenangan calon-calon untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru. 

Untuk tujuan plihanraya kampus, pada sekitar tahun 1996 hingga 1999, mahasiswa di seluruh negara mula membina jaringan atau gagasan dikalangan mereka yang mempunyai idelisme perjuangan yang sama. Antara jaringan mahasiswa yang utama adalah apa yang dikenali sebagai Pro-Aspirasi (selepas ini disebut sebagai Pro-A) dan Pro-Mahasiswa (selepas ini disebut Pro-M). Masing-masing wujud di hampir keseluruhan kampus tempatan, terutamanya di kampus-kampus awam. 

 Kedua-dua jaringan mahasiswa ini mempunyai idealisme mereka tersendiri. Seperti Pro-A, mereka ditubuhkan khusus untuk mendokong kepimpinan kerajaan (contoh di sini), dan menyokong serta mempertahankan segala polisi pentadbiran universiti. Gerak kerja mereka jika berjaya menjadi MPP adalah dengan mengabsahkan segala maklumat dari pihak pentadbiran dan mengambil tugas untuk memaklum dan menerangkan sesuatu maklumat kepada mahasiswa. Mereka juga memperjuangkan keamanan universiti dan perpaduan di kalangan mahasiswa.

Bagi Pro-M pula, mereka mendokong idealisme kemahasiswaan iaitu non-partisan dan mahu menjaga kepentingan dan kebajikan mahasiswa.  Seorang bekas aktivis mahasiswa, juga antara mahasiswa yang mengapalai Pro-M di UKM, Hilman Idham, berpendapat bahawa beza antara mereka dengan Pro-A adala mereka (baca; Pro-M) cuba mendidik mahasiswa supaya lebih bersifat berdikari dan ingin turut terlibat dalam mentadbir kebajikan mahasiswa bersama-sama dengan pentadbiran universiti. Dengan kata lain, mereka ingin menyiapkan diri untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan negara suatu hari nanti. 


Saturday 26 May 2012

Diplomasi @ Demonstrasi: Apa Kata Mahasiswa?


Pada 23 hb Mei 2012, Executive Caretaker Unisza dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar UniSZA telah menganjurkan Bicara Siswa bertempat di Speaker Corner Unisza. Tiga ahli panel telah dijemput antaranya ialah Saudari Siti Saodah Binti Zakaria mewakili Executive Caretaker Unisza, Saudara Aliff Bin Masli mewakili Flairsoc dan Saudara Ahmad Fauzi Bin Ahmad mewakili PMKI. Kehadiran mahasiswa Unisza agak mendukacitakan, dianggarkan hanya sekitar dua puluh mahasiswa yang hadir untuk menyaksikan forum ini meskipun jika dijadikan tajuk perbincangan sebagai kayu ukur, pastinya pihak penganjur mengharapkan ia mampu menarik perhatian mahasiswa untuk turut serta.

Sepanjang forum berlangsung, dapat dilihat skop perbincangan hanya berlaku dalam kerangka yang kecil. Sikap pesimis ahli panel dalam membincangkan tajuk forum juga mewujudkan suasana perbincangan yang kurang sihat. Ini dapat dilihat apabila ahli panel lebih selesa untuk mengambil fakta dan peristiwa yang berada di zon selamat dan mereka gagal untuk mengheret perbincangan ke dalam satu dimensi baru yang mampu memberi pencerahan kepada mahasiswa yang hadir.

Antara penghujahan paling selamat yang diberikan adalah contoh yang diberikan oleh Saudara Ahmad Fauzi Bin Ahmad. Beliau mengatakan bahawa hadis yang diambil untuk menghalalkan demostrasi selalunya adalah hadis yang disanadkan dhoif dan adalah tidak wajar untuk beramal dengan hadis seperti ini sama sekali. Kita menerima periwayatan hadis lemah adalah tidak wajar untuk diamalkan, namun adalah sangat menghairankan mengapa beliau tidak langsung menjelaskan dan menggunakan hadis dengan sanad yang kuat sebagai contoh. Berikut adalah hadis yang membenarkan demostrasi dengan sanad yang sahih;


“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).


Adakah Sheikh Yusof Qardhawi sangat naïf apabila menyeru supaya rakyat Mesir suatu masa dahulu turun kejalan untuk menjatuhkan regim. Saranan ikhlas kepada pimpinan mahasiswa tersebut semoga berhati-hati apabila mengeluarkan hujah agama. Adalah sangat tidak wajar bagi seorang bakal agamawan mendustakan kata-kata Allah dan Rasulnya dan sudah pasti ini bukanlah konsep sir wa hazzar yang sentiasa dilaung-laungkan.

Disamping itu juga dapat dilihat Saudara Aliff seringkali menggunakan pendekatan sentimen buruk apabila mengutarakan fakta dan perisitiwa berkenaan demostrasi. Mengapa sepanjang forum berlangsung, beliau sama sekali tidak menyentuh demostrasi mahasiswa yang berlaku pada awal era 70an yang memperjuangkan nasib rakyat. Antara demostrasi mahasiswa yang paling memberi impak besar adalah Demostrasi Baling yang berlaku pada tahun 1974, dimana mahasiswa ketika itu turun kejalan memperjuangkan nasib rakyat miskin di Baling. Disamping itu beliau tidak langsung membicarakan tentang fenomena arab spring yang menggunakan methodologi demostarsi untuk menjatuhkan regim yang zalim.

Kesimpulannya dapat dilihat bahawa forum Bicara Siswa kali ini hanyalah sekadar pelengkap kepada jadual program bagi Executive Caretaker UniSZA. Ketiga-tiga ahli panel yang dijemput dilihat tidak mampu untuk membincangkan isu dengan matang dan banyak mengeluarkan pandangan serta pendapat hanya atas dasar persepsi dan bukannya atas dasar ilmu yang telus. Bicara Siswa yang berlangsung kali ini hanya sekadar seperti sembang kedai kopi dan forum ini sama sekali gagal menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai idealisma dan gaya pemikiran  yang matang dalam membahaskan sesuatu isu.

Namun dalam pada itu, pujian harus juga diberikan kepada penganjur kerana dapat memperbanyak program berbentuk ilmiah seperti forum dan wacana yang mampu menyuburkan semula demokrasi yang kian mati di dalam kampus.

Friday 25 May 2012

Apa Itu Perlembagaan Persekutuan?


Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.

  1. Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
  2. Ia menghadkan kuasa kerajaan
  3. Ia menyatakan hak-hak kita

Mengapa Anda Harus Tahu Apa Yang Terkandung Dalam Perlembagaan?

Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna Perlembagaan menentukan siapakah yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal. Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita
diperintah. Contohnya:

  1. Kita adalah rakyat Malaysia kerana Perlembagaan menyatakannya
  2. Kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita kerana Perlembagaan menyatakannya
  3. Kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang kerana Perlembagaan menyatakannya
  4. Kita mempunyai mahkamah dan para hakim kerana Perlembagaan menyatakannya
  5. Kita mempunyai Kerajaan Persekutuan dan tiga belas Kerajaan Negeri kerana Perlembagaan menyatakannya
  6. Hak asasi kita dijamin kerana Perlembagaan menyatakannya

Tuesday 15 May 2012

Pesta Demokrasi Kampus Yang Tidak Kunjung Tiba

Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan yang berbentuk demokrasi. Secara amnya, sistem demokrasi ini bermaksud suatu cara membuat sesuatu keputusan secara bersama dan kolektif. Sistem ini bukan sahaja digunakan untuk perihal yang besar seperti pemerintahan negara sahaja, malah sekecil-kecil perkara seperti perlantikan ketua kelas atau pengerusi kelab juga menggunakan sistem ini.


Sunday 13 May 2012

Demokrasi : Antara Diplomasi dan Demonstrasi


Penstrukturan negara Malaysia berteraskan dua prinsip utama, iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Prinsip-prinsip ini dipercayai telah berjaya mengekalkan kestabilan serta keamanan negara sejak kemerdekaan negara dengan dipimpin budaya diplomasi dan perbincangan. Sehinggalah sekitar tahun 1998, keadaan mula berubah bilamana Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu dipecat dari jawatannya seterusnya dituduh di mahkamah dengan salah laku seks dan salah guna kuasa. Budaya demonstrasi jalanan dihidupkan kembali dalam menuntut hak dan keadilan dalam negara, dan momentumnya berkekalan hingga ke hari ini.

Saturday 12 May 2012

Rumusan dari Forum Aktivisma Mahasiswa Pasca Auku 12'


Pada Khamis 12 Mei 2012, Kelab Pemikir telah mengadakan satu forum yang bertajuk Aktivisma Mahasiswa Pasca Auku 12’. Antara panel yang terlibat adalah Dr. Mohd Affandi bin Salleh dari Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), En. Mohamad Hafis bin Amat Simin dari Fakulti Kontemporari Islam (FKI) dan Mohd Isa bin Yusof; mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 merangkap ‘Caretaker’ UniSZA.


Friday 11 May 2012

Kebebasan Media di Malaysia

Diskopi mahasiswa pada 9 Mei 2012 yang membawa tajuk kebebasan media sempena Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lepas telah dihadiri oleh 3 mahasiswa dan 3 mahasiswi. Perbincangan dimulakan dengan persoalan oleh mahasiswa tentang bentuk kebebasan media yang dimaksudkan. Kebebasan media yang mempunyai maksud yang meluas menyukarkan masyarakat untuk memahami aspek yang dimaksudkan dalam kebebasan media.

Aspek kawalan media iaitu lahirnya rasa takut terhadap kritikan menjadi salah satu jawapan kepada punca tiadanya kebebasan media di Malaysia. Sebenarnya,apa yang sangat ditakuti oleh media arus perdana di Malaysia adalah kerana hadirnya satu kuasa yang mengawal mereka daripada atas iaitu undang-undang . setiap paparan berita tidak boleh menunjukkan kritikan terhadap kerajaan kerana ia dianggap sebagai penghasutan daripada media kepada masyarakat.

Friday 4 May 2012

Pasca Bersih 3.0; Apa Kata Mahasiswa

Pada 2 Mei 2012, Diskopi Mahasiswa telah membawa tajuk “Pasca Bersih 3.0 : Apa Kata Mahasiswa.” . Walaupun bermula sedikit lewat, iaitu pada jam 10.00 malam, perbincangan ilmiah ini tetap berjalan dengan lancar. Diskopi kali ini telah dihadiri oleh 16 orang pelajar iaitu seramai 9 mahasiswa dan 7 mahasiswi.

Thursday 3 May 2012

Fiqh al-Harakah dan Fiqh al-Hadharah


Peperangan merebut kekuasaan seolah-olah sudah menjadi sebuah kebiasaan pada zaman ini. Berdepan dengan sebuah abad yang mempunyai pelbagai cabaran, pemerintah lebih ramai yang kelihatan seakan terdesak untuk menggapai kuasa supaya berada di dalam genggaman mereka walupun keupayaan mereka untuk memerintah sebuah jamaah boleh dipertikaikan. Perebutan untuk mempunyai kuasa ini tidak sahaja berlaku di dalam parti politik, malah sebenarnya semakin melarat merebak di dalam institusi-institusi pekerjaan, pusat pengajian tinggi dan institusi-institusi lain.