Tuesday 31 May 2011

Gerak baru


Hari ini, 31/5/2011, kami dari komuniti Pengkritik MPP UniSZA telah menambah medium baru dalam menyampaikan kritikan-kritikan segar bagi melengkapkan proses semak imbang antara Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dengan mahasiswa/i. Kami berharap agar medium baru ini dapat menyalurkan maklumat serta idea2 baru mahasiswa/i, yang mungkin kerja ini tersekat di laman sosial Facebook sebelum ini. Kami mengambil langkah ini, dengan harapan tahap ketersampaian maklumat itu dapat berkembang serta ‘engagement’ kepada mahasiswa/i UniSZA dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Tujuan kami menggunakan medium blog adalah kerana ingin mengumpulkan karya2 penulisan mahasiswa/i dalam segala bentuk termasuk pandangan, kajian, dan sebagainya.