Friday 23 December 2011

Pendirian Pengkritik MPP UniSZA (PMU) Berkaitan Isu AUKU


1.       Seluruh rakyat, khususnya mahasiswa menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

2.       Melalui semangat yang sama, kami membina pendirian berkaitan isu AUKU, yang mana kami kira isu ini merangkumi kerangka yang lebih luas, tidak hanya sekadar berkaitan dunia universiti, malah juga berkaitan tulang belakang sistem negara iaitu demokrasi berparlimen.

3.       Pendirian kami jelas, iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak cukup jika hanya dipinda, malah ia harus dimansuhkan terus. Hal ini berdasarkan beberapa kewajaran yang akan kami nyatakan di bawah.

Sunday 26 June 2011

Hak Berhimpun; Apa Kata Ahli Akademik?


Dalam satu analisis ringkas yang ditulis oleh Dr. Abdul Aziz Bari* bertajuk ‘Kebebasan Dan Hak‐Hak Asasi di Bawah Perlembagaan Persekutuan ‐ Satu Analisis Umum’ ada mengupas tentang hak asasi yang terkandung dalam perkara 10, Perlembagaan Persekutuan kita. Analisis tersebut adalah seperti berikut;


Perkara 10 – Hak untuk bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan

“Peruntukan ini menyatakan hak‐hak yang buat masa ini begitu banyak diperkatakan oleh orang ramai.

Wednesday 22 June 2011

Rosli Dhobi; Pejuang Anak Muda



Anak muda kini membayar harga kemerdekaan kepada pejuang-pejuang dulu dengan sikap tidak ambil tahu,  tidak peduli, malas membaca, dan takut pengecut.

Kami sajikan teman-teman dengan surat peninggalan pejuang anak muda Rosli Dhobi, surat* yang beliau tulis sebelum lehernya dijerut tali gantung sang penjajah. 

Wednesday 15 June 2011

Speaker's Corner; Sejarah & Perkembangannya


Jika kita perhatikan, negara-negara maju luar negara ternyata meraikan kebebasan bersuara. Seperti di Hyde Park, London, hal ini merupakan salah satu punca tarikan pelancong ke sana. Apa yang menarik di sana adalah kerana wujudnya Speaker’s Corner. Masyarakat bebas bersuara dan menyatakan pendapat mereka di kawasan ini, tanpa rasa takut dibelasah dan ditangkap polis. Mereka membincangkan pelbagai perkara, dari isu politik hinggalah isu agama, domestik dan global.


Thursday 9 June 2011

Temu ramah bersama Presiden MPP UniSZA (siri 2)


Apa komen saudara terhadap desas-desus yang mengatakan bahawa saudara terlibat secara langsung dengan komuniti Pengkritik MPP UniSZA (PMU)?

Jika mereka kata saya PMU, secara peribadi saya tidak kisah pun. Pada saya mereka tetap mahasiswa, yang mana saya juga seorang mahasiswa. 

Apakah yang saudara dapat lihat tentang gerakan PMU?

Mereka nampak hak mahasiswa. Apa yang mereka perjuangkan tidak selalu kita jumpa di UniSZA, sejak zaman KUSZA lagi. Gerakan mereka juga sistematik dan berobjektif. Saya secara peribadi, tiada halangan untuk gerakan mereka ini.

Temu ramah bersama Presiden MPP UniSZA (siri 1)


Pada 16 May 2011 yang lalu,di penghujung semester 2 sesi 2010/2011, kami telah menemu ramah Presiden MPP UniSZA sesi 2010/2011, Muhammad Isa bin Mohamed Yusof. Beberapa soalan telah diajukan, dan berikut adalah hasil temu ramah;

Tuesday 31 May 2011

Gerak baru


Hari ini, 31/5/2011, kami dari komuniti Pengkritik MPP UniSZA telah menambah medium baru dalam menyampaikan kritikan-kritikan segar bagi melengkapkan proses semak imbang antara Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dengan mahasiswa/i. Kami berharap agar medium baru ini dapat menyalurkan maklumat serta idea2 baru mahasiswa/i, yang mungkin kerja ini tersekat di laman sosial Facebook sebelum ini. Kami mengambil langkah ini, dengan harapan tahap ketersampaian maklumat itu dapat berkembang serta ‘engagement’ kepada mahasiswa/i UniSZA dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Tujuan kami menggunakan medium blog adalah kerana ingin mengumpulkan karya2 penulisan mahasiswa/i dalam segala bentuk termasuk pandangan, kajian, dan sebagainya.