Friday 23 December 2011

Pendirian Pengkritik MPP UniSZA (PMU) Berkaitan Isu AUKU


1.       Seluruh rakyat, khususnya mahasiswa menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

2.       Melalui semangat yang sama, kami membina pendirian berkaitan isu AUKU, yang mana kami kira isu ini merangkumi kerangka yang lebih luas, tidak hanya sekadar berkaitan dunia universiti, malah juga berkaitan tulang belakang sistem negara iaitu demokrasi berparlimen.

3.       Pendirian kami jelas, iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak cukup jika hanya dipinda, malah ia harus dimansuhkan terus. Hal ini berdasarkan beberapa kewajaran yang akan kami nyatakan di bawah.