Thursday 9 June 2011

Temu ramah bersama Presiden MPP UniSZA (siri 1)


Pada 16 May 2011 yang lalu,di penghujung semester 2 sesi 2010/2011, kami telah menemu ramah Presiden MPP UniSZA sesi 2010/2011, Muhammad Isa bin Mohamed Yusof. Beberapa soalan telah diajukan, dan berikut adalah hasil temu ramah;

Pada pendapat saudara, bagaimanakah suasana politik kampus di UniSZA sepanjang semester 2 sesi 2010/2011 kali ini?

Terdapat perubahan dalam politik kampus di universiti kita, tetapi perubahan ini berlaku dalam keadaan yang aman dan terkawal, jika hendak dibandingkan dengan susasa politik kampus di universiti2 lain yang kita lihat dari media massa, agak panas.

Apakah perbezaan yang saudara rasa  dengan tanggungjawab saudara sebagai presiden MPP sekarang dibandingkan dengan jawatan dahulu iaitu setiausaha?

Pada dulunya saya menang tanpa bertanding, tetapi kini mahasiswa yang angkat. Tanggungjawabnya memang lain, bukan kerana saya presiden atau tak, tetapi sebab cara saya naik itu yang membezakan. Sekarang tentunya tanggungjawab lebih berat.

Apa bezanya dari segi tugas saudara?

Sekarang, saya perlu gerakkan MPP. Jika kita lihat, mana-mana organisasi, ahli-ahli lain akan mengikut rentak presiden. MPP kali ini tidak terlepas dengan norma ini. Cumanya, hubungan saya dengan orang atas agak berbeza dengan dulu, kini agak tegang. Sekali sekala.

Pada pendapat saudara, apa beza komitment antara MPP yang bertanding atas tiket HEPA dengan yang bertanding atas tiket bebas?

Exco-exco kebanyakannya akan mengikut rentak MT (Majlis Tertinggi). Kami menggerakkanya melalui mesyuarat-mesyuarat yang sering diadakan. Pada saya, perbezaan itu tak ketara, sebab komitmen lebih ikut faktor individu.

Sepanjang satu semester saudara mengepalai MPP, apa masalah yang saudara lihat telah dapat diselesaikan?

Masalah besi di antara tempat letak kereta berdekatan blok F dan blok B. Kami telah mengusahakan dialog mahasiswa bersama pengusaha kafe, tetapi dihalang. Masalah wireless juga kami telah berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab, dan InsyaAllah akan ada perubahan sem depan. Study center antara blok B dan G juga akan dibangunkan, bagi menyelesaikan masalah mahasiswa untuk belajar, maklumlah di kafe agak bising.

Jika dilihat, saudara sangat sibuk dengan mesyuarat antara MPP dengan pihak atasan, dengan pelbagai organisasi. Adakah mesyuarat itu bertemu jalan penyelesaian?

Ikut isu juga. Untuk isu-isu yang yang berat, pihak atasan lebih mahu menyelesaikannya dengan bertanyakan masalah itu pada pihak lebih atas dari mereka, contohnya Naib Cansellor sendiri. Jadi, untuk selesaikan masalah, agak memakan masa.

Contoh isu?

Isu air.

Adakah wujudnya bias atau berat sebelah dari pihak Hepa dalam menyelesakian masalah yang dibangkitkan oleh pihak MPP sekarang dengan MPP dulu?

Bias itu tak nampak, cumanya hubungan saya dengan pegawai kurang mesra, jika hendak dibandingkan dengan presiden-presiden sebelum ini. Ini tentunya memberi kesan.

Salah satu faktor kemenangan saudara dalam pilihan raya yang lepas adalah kerana manifesto saudara. Pada saudara, adakah mahasiswa benar-benar faham dengan manifesto yang saudara sampaikan? 

Semangat inginkan perubahan itu memang berkobar-kobar ketika pilihan raya dulu. Habis pilihan raya, semangat itu mula reda, dan diterjemahkan dengan sokongan terhadap kami MPP. Mahasiswa sering bertanyakan kepada kami jika berlaku apa-apa masalah, dan turut memberikan cadangan serta pendapat, yang mana suasana ini sangat sihat, dan berpadanan dengan manifesto saya.

Apakah perbezaan yang bakal berlaku apabila penstrukturan semula jadual antara pelajar diploma dan ijazah dijalankan? 

Dari segi luarannya, tentu ada. Tetapi ia pertama kali berlaku, agak susah hendak jangka apa yang akan berlaku. Kita tunggu dan lihat sama-sama.

Semester hadapan adalah semester akhir saudara memegang jawatan presiden untuk sesi kali ini, apa yang saudara rancang untuk ditinggalkan di UniSZA?

Secara fizikalnya, mungkin tidak ada. Cuma saya ingin tinggalkan kesedaran mahasiswa untuk lebih berani bersuara dan mengutarakan pendapat. InsyaAllah sem depan kita akan buat parlimen mahasiswa di UniSZA. 

Adakah saudara ingin bertanding lagi untuk sesi yang akan datang, memandangkan cita-cita saudara besar, dan perlukan masa yang lebih lama?

Andai diizinkan, saya akan bertanding. Ini semua bergantung juga pada keadaan politik kampus semasa.

5 comments:

  1. gud job mr presiden..sy suka cara anda memimpin n im sure u learn a lot from previous experience ;)
    keep it up :D

    p/s :gmbr crop dr poster mpp ek hehe

    ReplyDelete
  2. saya sokong idea Parlimen Mahasiswa!
    impian dari dulu masa mula2 jadi MPP lg...goodluck isa. ^^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete