Tuesday, 15 May 2012
Pesta Demokrasi Kampus Yang Tidak Kunjung Tiba
Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan yang berbentuk
demokrasi. Secara amnya, sistem demokrasi ini bermaksud suatu cara membuat sesuatu
keputusan secara bersama dan kolektif. Sistem ini bukan sahaja digunakan untuk
perihal yang besar seperti pemerintahan negara sahaja, malah sekecil-kecil perkara
seperti perlantikan ketua kelas atau pengerusi kelab juga menggunakan sistem
ini.
Sunday, 13 May 2012
Demokrasi : Antara Diplomasi dan Demonstrasi
Penstrukturan
negara Malaysia berteraskan dua prinsip utama, iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Prinsip-prinsip ini dipercayai telah berjaya mengekalkan
kestabilan serta keamanan negara sejak kemerdekaan negara dengan dipimpin budaya
diplomasi dan perbincangan. Sehinggalah sekitar tahun 1998, keadaan mula
berubah bilamana Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu dipecat dari jawatannya
seterusnya dituduh di mahkamah dengan salah laku seks dan salah guna kuasa. Budaya
demonstrasi jalanan dihidupkan kembali dalam menuntut hak dan keadilan dalam
negara, dan momentumnya berkekalan hingga ke hari ini.
Saturday, 12 May 2012
Rumusan dari Forum Aktivisma Mahasiswa Pasca Auku 12'
Pada Khamis 12 Mei 2012, Kelab Pemikir telah mengadakan satu
forum yang bertajuk Aktivisma Mahasiswa Pasca Auku 12’. Antara panel yang
terlibat adalah Dr. Mohd Affandi bin Salleh dari Fakulti Undang-undang dan
Hubungan Antarabangsa (FUHA), En. Mohamad Hafis bin Amat Simin dari Fakulti
Kontemporari Islam (FKI) dan Mohd Isa bin Yusof; mantan Presiden Majlis
Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 merangkap ‘Caretaker’ UniSZA.
Friday, 11 May 2012
Kebebasan Media di Malaysia
Diskopi mahasiswa pada 9 Mei 2012 yang membawa tajuk
kebebasan media sempena Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lepas telah dihadiri
oleh 3 mahasiswa dan 3 mahasiswi. Perbincangan dimulakan dengan persoalan oleh
mahasiswa tentang bentuk kebebasan media yang dimaksudkan. Kebebasan media yang
mempunyai maksud yang meluas menyukarkan masyarakat untuk memahami aspek yang
dimaksudkan dalam kebebasan media.
Aspek kawalan media iaitu lahirnya rasa takut terhadap
kritikan menjadi salah satu jawapan kepada punca tiadanya kebebasan media di
Malaysia. Sebenarnya,apa yang sangat ditakuti oleh media arus perdana di
Malaysia adalah kerana hadirnya satu kuasa yang mengawal mereka daripada atas
iaitu undang-undang . setiap paparan berita tidak boleh menunjukkan kritikan
terhadap kerajaan kerana ia dianggap sebagai penghasutan daripada media kepada
masyarakat.
Friday, 4 May 2012
Pasca Bersih 3.0; Apa Kata Mahasiswa
Pada 2 Mei 2012, Diskopi Mahasiswa telah membawa tajuk
“Pasca Bersih 3.0 : Apa Kata Mahasiswa.” . Walaupun bermula sedikit lewat,
iaitu pada jam 10.00 malam, perbincangan ilmiah ini tetap berjalan dengan
lancar. Diskopi kali ini telah dihadiri oleh 16 orang pelajar iaitu seramai 9 mahasiswa
dan 7 mahasiswi.
Thursday, 3 May 2012
Fiqh al-Harakah dan Fiqh al-Hadharah
Peperangan
merebut kekuasaan seolah-olah sudah menjadi sebuah kebiasaan pada zaman ini.
Berdepan dengan sebuah abad yang mempunyai pelbagai cabaran, pemerintah lebih
ramai yang kelihatan seakan terdesak untuk menggapai kuasa supaya berada di
dalam genggaman mereka walupun keupayaan mereka untuk memerintah sebuah jamaah
boleh dipertikaikan. Perebutan untuk mempunyai kuasa ini tidak sahaja berlaku
di dalam parti politik, malah sebenarnya semakin melarat merebak di dalam
institusi-institusi pekerjaan, pusat pengajian tinggi dan institusi-institusi
lain.
Friday, 23 December 2011
Pendirian Pengkritik MPP UniSZA (PMU) Berkaitan Isu AUKU
1.
Seluruh rakyat, khususnya mahasiswa menyambut
baik hasrat Perdana Menteri yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara demokrasi terbaik di dunia.
2.
Melalui semangat yang sama, kami membina pendirian
berkaitan isu AUKU, yang mana kami kira isu ini merangkumi kerangka yang lebih
luas, tidak hanya sekadar berkaitan dunia universiti, malah juga berkaitan tulang
belakang sistem negara iaitu demokrasi berparlimen.
3.
Pendirian kami jelas, iaitu Akta Universiti dan
Kolej Universiti tidak cukup jika hanya dipinda, malah ia harus dimansuhkan
terus. Hal ini berdasarkan beberapa kewajaran yang akan kami nyatakan di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)